Sunday, November 15, 2009

Mulanya saya melangkah ke tingkatan satu,saya harus mula belajar bersungguh-sungguh untuk menduduki PMR pada tahun 2012.Kira-kira tiga tahun lagi.
Namun kini saya tlh berazm untuk mendapat 8A semasa PMR kelak.Sekiranya saya tidak diberi peluang ke sekolah berasrama penuh pada tingkatan satu jadi saya berharap dengan keputusan PMR seperti yang tertera diatas,saya dapat melanjutkan pelajaran kesekolah berasrama penuh.

Itulah gred PMR yang telah diimpikan oleh saya.Saya berharap agar segala impian dan doa saya dan ibubapa saya akan dimakbulkan...amin,
Apabila saya sudah dewasa kelak saya menyimpan cita - cita untuk menjadi seorang arkitek yang berjaya,terkenal dan banyak berjasa buat negara.

Sekiranya saya berjaya mencapai cita-cita saya sudah tentu ibu dan ayah saya akan berasa bangga kerana saya telah menyambung cita-cita dan harapan mereka untuk menjadi seorang yang bekerjaya tetapi tidak kesampaian dek kerana faktor kewangan.

Oleh itu saya akan cuba sedaya upaya saya untuk mencapai cita -cita saya .Saya memohon doa daripada semua orang yang telah melawat blog saya ini agar saya akan berjaya mencapai cita - cita saya dan akan memenuhi impian ibu dan bapa saya.amin.......

Friday, November 13, 2009








Jika saya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR saya sangat berharap agar dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh.


Antara sekolah impian saya ialah Maktab Rendah Sains Mara/MRSM dan SERATAS di Taiping.

Jika saya dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh saya pasti akan dapat meringankan beban ayah saya.Jadi saya berharap akan dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah impian saya.








UPSR /Ujian Penilaian Sekolah Rendah adalah satu perperiksaan yang cukup berbeza daripada perperiksaan yang lain bagi pelajar sekolah rendah.


Saya telahpun menduduki UPSR pada 8,9 & 10 September 2009.Sebelum itu saya dan rakan - rakan telahpun berusaha sedaya upaya belajar dari tahun satu hingga tahun enam.

Pada percubaan UPSR bulan Mei yang lalu saya,Anis,Fatin dan Wani masing - masing telah mendapat 5A.Syazwan dan Hidayah pula mendapat 3A & 2B.Zawani dan Azim masing - masing telah mendapat 2A & 3B.Ikin pula telah mendapat 1A,2B & 2C.Fahim telah mendapat 1C,2D &2E.Keputusan bagi Syafiq dan Amirul hampir sama dengan keputusan Fahim.

Debaran menuggu 19 November 2009 jelas terasa kerana pada tarikh itulah kami dijangka akan mengetahui keputusan UPSR.Saya berharap agar kami akan lulus cemerlang.SEKIAN......

My Biodata

>Nama : Nurfarizatul Balqis Binti Mustaffa Fadir.

>Nama Timangan : Qiss/Ayung

>Tarikh Lahir : 26 November 1997

>Tempat Lahir : Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian ,Kelantan.

>Alamat : No 24 Kampung Tepus , 32800, Parit , Perak Darul Ridzuan.

>Hobi : Melukis , mewarna & membaca buku cerita

>Bilangan Adik-Beradik : Dua Orang.(anak pertama)

>Nama Ibu : Safinah Binti Rahim.

>Pekerjaan Ibu : Suri Rumah.

>Nama Bapa : Mustaffa Fadir Bin Mustaffa Fadir

>Pekerjaan Bapa : Pengawal Keselamatan

>Nama Adik : Nu Aiman Farhan Bin Mustaffa Fadir

Wednesday, November 11, 2009




LEt us hAVe soMe fuN...


Julia :Do you know which queen has the largest crown?
Maria :Of course i do.
Julia :Then tell me the answer.
Maria :The queen who had the largest head..





Monday, November 9, 2009

pantun

PANTUN JENAKA,

Lebuhraya kota bersegi
Tempat temasya dara teruna
Hodohnya ketawa orang tak bergigi
Ibarat kota tiada kubunya

Api terang banyak kelkatu
Masuk ke kamar bersesak-sesak
Alangkah geli rasa hatiku
Melihat nenek bergincu berbedak

Tanam jerangau di bukit tinggi
Mati dipijak anak badak
Melihat sang bangau sakit gigi
Gelak terbahak penghulu katak

Bapa gergasi menebar jala
Pegang tali melintuk-liuk
Masakan pengerusi tak garu kepala
Melihat ahli semua mengantuk

Gemuruh tabuh bukan kepalang
Diasah lembing berkilat-kilat
Gementar tubuh harimau belang
Nampak kambing pandai bersilat

Buah salak di rumah Tok Imam
Sirih sekapur pergi menjala
Anjing menyalak harimau demam
Kucing di dapur pening kepala

Anak cina menggali cacing
Mari diisi dalam tempurung
Penjual sendiri tak kenal dacing
Alamat dagangan habis diborong

Pohon manggis di tepi rawa
Tempat datuk tidur beradu
Sedang menangis nenek tertawa
Melihat datuk bermain gundu

Ceduk air di dalam perigi
Timbanya bertangkaikan suasa
Jikalau kucing tak bergigi
Alamat tikus berjoget berdansa

Anak dara Datuk Tinggi
Buat gulai ikan tilan
Datuk tua tak ada gigi
Bila makan kunyah telan

Orang menganyam sambil duduk
Kalau sudah bawa ke balai
Melihat ayam memakai tanduk
Datang musang meminta damai

Punggur berdaun di atas kota
Jarak sejengkal dua jari
Musang rabun, helang pun buta
Baru ayam suka hati

Ketika perang dinegeri Jerman
Ramai askarnya mati mengamuk
Rangup gunung dikunyah kuman
Lautan kering dihirup nyamuk

Jemur bijan dengan kulitnya
Jemur di atas pohon lembayung
Hari hujan sangat lebatnya
Lamun Si Pandir mengepit payung

Elok rupa pohon belimbing
Tumbuh dekat limau lungga
Elok berbini orang sumbing
Walau marah ketawa juga

Rumah besar berdinding tidak
Beratapkan daun palas
Badan besar beristeri tidak
Itu tandanya orang pemalas

Adik nama Comat
Suka beri salam
Budak ketawa kuat
Suka kecing malam

Dari Ambun hendak ke Perak
Singgah di Jeram Mengkuang
Si Awang Kenit mencuri kerak
Hidung berbelang terpalit arang

Orang Sibu menunggang kuda
Kuda ditunggang patah pinggang
Masih mahu mengaku muda
Padahal cucu keliling pinggang

GURU O GURU

GURU 'O' GURU

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemukaJika hari ini siapa saja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa.


Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,

Budi yang diapungkan di dulang ilmu


Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Ini gambar saya ngan ckgu razhuan,ckgu yg dh bnyk membntu saya membuat blog ini.thankss.......

Friday, October 30, 2009

budak lelaki tepus


Ini gambar budak lelaki sk tepus.yang pakai songkok tu namanya syafiq,yang sblh dia tu plk azim, yg sblh azim tu syazwan,yg sblh syazwan tu plk fahim,yg hujung tu ialah amirul..

Sunday, October 25, 2009

kawanku (p)

Ini gambar saya dan kekawan perempuan.gambar ini diambil di masjid ubudiah,bukit chandan kuala kangsar..dari kiri:-
hidayah,anis,wani,fatin,zawani,saya & ikin.

Friday, October 23, 2009

my friends


INI GAMBAR NGAN KENGKAWAN .SAYA YG TGH TU...........YG BLH KANAN TU WANI,YG BLH KIRI TU PLK FATIN....

my first blog


This is me 'n' my blog.....

THANK YOU TEACHER.

I want to say thank you to all my teacher because they have teach me from year 1 to year 6.thanksss...........


first time creating a blog.

TODAY I'M SO HAPPY BECAUSE EN.RAZHUAN HAD TAUGHT ME HOW TO CREATE A VERY NICE BLOG.HORRAYYYYYYYYY.

m

image hosting

pimp myspace

pimp myspace

myspace layouts

slideshow3

slideshow

slide show 2